Soalan Lazim
Q1. Berapakah harga Label Keselamatan Hologram baru?
Harga Label Keselamatan Hologram baru - FarmaTag yang diumumkan oleh pihak kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah RM0.064/unit label.
Q2. Apakah perbezaan antara Label Keselamatan Hologram baru dengan yang lama?
Label Keselamatan Hologram baru - FarmaTag datang dengan rekabentuk baru yang memenuhi syarat-syarat dan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Label FarmaTag ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan seperti Kod T-QR, serialized serial number , randomized secure pin number dan Optical changeable ink (OCI). Pesanan pembelian Label Keselamatan Hologram baru perlu dibuat atas talian atau secara “online” sama ada melalui “web based” atau aplikasi telefon pintar yang disediakan. Pihak industri perlu membuat pendaftaran dengan pihak TECHNO SECURE PRINT (TSP) bagi mendapatkan kata laluan untuk digunapakai semasa pesanan pembelian secara atas talian. Walaubagaimanapun pihak syarikat turut menyediakan proses pesanan secara manual bagi tempoh 2 bulan pertama untuk memudahkan syarikat membuat pesanan.
Sistem pesanan ini membolehkan pihak syarikat memantau pembelian dan stok label secara dalam talian. Pihak syarikat juga berupaya merekod penggunaan label pada produk menggunakan sistem sedia ada bagi meningkatkan kawalan penggunaan label oleh pihak syarikat dan pihak kerajaan.
Q3. Apakah saiz Label Keselamatan Hologram baru?
Saiz Label Keselamatan Hologram baru – FarmaTag ialah 8mm X 18mm.
Q4. Adakah pihak syarikat baru akan membekalkan Calibration Roll untuk tujuan ujian mesin applicator ?
Ya. Calibration roll akan diedarkan bila syarikat menghadiri sesi latihan dengan pihak pembekal. Untuk maklumat lanjut sila email kepadainfo@technosecureprint.com.
Q5. Apakah bentuk Label Keselamatan Hologram baru - FarmaTag?
Bentuk Label Keselamatan Hologram baru - FarmaTag sama seperti yang lama iaitu Segi empat tepat.
Q6. Adakah Label Keselamatan Hologram - FarmaTag boleh menahan suhu yang panas dimana produk-produk selapas proses penampalan label akan menerusi proses pembungkusan Shrink Wrap?
Ya. Label Keselamatan Hologram baru masih akan berfungsi baik walaupun suhu panas.
Q7. Berapakah kuantiti pesanan minimum Label Keselamatan Hologram?
Kuantiti pesanan minimum untuk “ roll” ialah satu roll atau kuantiti 15,000 keping label dan “ sheet” i alah dua sheets atau kuantiti 200 keping label .
Q8. Adakah pihak syarikat menyediakan terima kredit untuk pihak pembeli?
Tidak.
Q9. Apakah format jualan Label Keselamatan Hologram baru?
Format jualan Label Keselamatan Hologram Baru dari syarikat
TECHNO SECURE PRINT (TSP)
:
1. Helaian (Sheet form, 100 keping labels per sheet)
2. Gulungan (Roll form, 15000 keping labels per roll)
Q10. Bagaimana syarikat boleh mendaftar dengan pihak pembekal untuk sistem ID dan kata laluan?
Pautan pendaftaran ID dan kata laluan sistem akan dihantarkan melalui emel dimana alamat emel akan dibekalkan oleh NPRA. Jadi pihak pembeli kena memastikan alamat emel yang ada pada NPRA adalah yang paling terkini.
Q11. Bila pihak syarikat boleh mula membuat pesanan baru dengan pihak pembekal baru?
Pihak pembekal akan mula menerima pesanan dari pihak industri bermula dari 1 September 2019.
Q12. Apakah tempoh penyerahan Label Keselamatan Hologram baru?
Tempoh serahan bagi Label Keselamatan Hologram adalah empat belas (14) hari dari tarikh bayaran dibuat oleh syarikat pembeli.
Q13. Dimanakah lokasi pengambilan Label Keselamatan Hologram baru - FarmaTag?
Label Keselamatan Hologram baru boleh diambil di kilang beralamat SD30, Jalan KIP 10, Kawasan Perindustrian Kepong, 52200 Kuala Lumpur.
Q14. Bagaimanakah pihak pembeli boleh menghubungi pihak syarikat pembekal?
Pihak syarikat boleh menghubungi pihak pembekal melalui:
Customer service call center
1. 03-62746550
2. 03-62749550
3. 03-62742550
4. 016-298 8708
5. 016-298 8062
Fax No. 03-6274 7550
Email: info@technosecureprint.com
Q15. Boleh tak pihak pembekal membuat penghantaran Label Keselamatan Hologram - FarmaTag kepada pihak pembeli?
Ya. Pihak pembekal boleh membuat penghantaran melalui courier service dimana kos penghantaran dibiayai oleh pihak pembeli dengan tambahan 0.2% kos insuran atas kos pembelian keseluruhan.
Q16.
Adakah kemungkinan Label Keselamatan Hologram - FarmaTag yang dihantar oleh pihak pembekal kurang daripada kuantiti yang sepatutnya atau mempunyai kecacatan keatas fizikal label yang menyebabkan label itu tidak boleh dipakai? Dan adakah ganti rugi akan dibayar kepada pihak pembeli?
Ada Kemungkinan tapi cuma untuk label dalam format roll. Semua Label Keselamatan Hologram yang dihantar oleh pihak pembekal akan melalui proses pengawalan kualiti dimana sebarang kekurangan akan dapat dikesan dan dicatat dengan jelas atas label setiap roll yang dihantar. Pihak pembekal dengan seterusnya akan mengemukan credit note kepada pihak pembeli sebagai ganti rugi kekurangan. Untuk label yang mengalami kecacatan fizikal yang dikesan oleh pihak pembeli sebelum gunapakai, ganti rugi hanya akan diberi kepada pembeli yang mengemukan bukti gambar kecacatan label yang jelas dan diemelkan kepada pihak pembekal untuk proses penilaian secara bertulis dahulu. Pihak pembeli juga dikehendaki untuk memulangkan Label Keselamatan Hologram yang cacat itu kepada pihak pembekal dalam masa terdekat untuk penilaian seterusnya dan proses penambahbaikan proses pengeluaran label sedia ada. Pihak pembekal akan membalas dengan mengeluarkan credit note atas ganti rugi kecacatan label yang dialami oleh pihak pembeli selepas laporan kecacatan label disahkan oleh pihak pembekal.